Thursday, 7 March 2013

Soalan Objektif Sejarah



1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah arkeologi?    
    
A   Kajian terhadap tinggalan petempatan manusia Zaman Prasejarah
B  Kajian terhadap tinggalan sejarah masyarakat lampau melalui kajian manuskrip 
C   Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui 
proses gali cari
D   Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses pemerhatian dan temu bual

2.    ●  Kapak
       ●  Pinggan mangkuk
       ●  Pisau

Mengikut istilah sejarah, barangan di atas merujuk kepada
A   artifak
B   ekofak
C   feature
D  arkeologi

3   Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik?
             I Menternak binatang
            II Menetap di tepi sungai
           III Hidup berpindah-randah
           IV Hidup dalam kelompok keluarga dan berkumpulan
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
C   I, III dan IV
D   II, III dan IV



 4.   Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti pokok, batu dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati. Mengapakah mereka beranggapan sedemikian?      

A   Menghindari masyarakat daripada ditimpa bala
B   Demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup
C   Kerana alam sekitar yang mengawal kehidupan manusia
D   Kerana alam sekitar mempunyai kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling

 5.   Lembah sungai menjadi lokasi petempatan kekal disebabkan oleh kesuburan tanah di sekitarnya untuk tujuan pertanian.
Antara berikut faktor manakah yang turut menyumbang kepada pemilihan lokasi tersebut?
              I Mudah mendirikan petempatan
            II Mudah mendapatkan binatang buruan
           III Kemudahan bekalan air dan makanan
           IV Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

A   I dan II
B   II dan III
C   III dan IV
D   I dan IV

Selamat menjawab...

3 comments: